12.20.2014

5 Cara Dan Gaya Berfikir Diluar Kotak (Think out of the box)


1 . Berfikir Besar.


Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar berarti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar berarti tidak membatasi diri kita dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar berarti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.



2 . Berfikir Progresif.


Berfikir progressif jangka panjang berarti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi , bukan hanya apa yang terjadi saat ini. Berfikir panjang berarti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan dampaknya, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.



Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.


Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku baik-baik saja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku terluka, aku akan mengobatinya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.


Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu saja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak memberikan batasan pada fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada ide-ide yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

sumber dari myberita